Satu hantaran di Twitter hari ini telah mengundang pelbagai respon dan kritikan daripada netizen apabila ia menyentuh mengenai topik para guru dan pendidik yang dilihat semakin aktif membuat ‘content’ di media sosial seperti TikTok.
Seorang individu telah memuat naik tangkap layar dua akaun TikTok petugas kerajaan bergelar guru yang sedang berhibur mengenai anak-anak murid mereka di sekolah.
“Apa pandangan korang dengan cikgu-cikgu yang macam ni?” tulis individu tersebut sambil memasukkan emoji muntah di hujung ayat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan pendidik pada ketika ini lebih cenderung untuk mengabaikan etika profesion masing-masing apabila mereka dilihat lebih aktif di media sosial berbanding mengajar anak murid di sekolah.
Dah lupa etika sebagai seorang guru eh? Apa guna belajar Falsafah Perguruan satu semester kalau tak diamalkan dalam profession perguruan?
Kata netizen lagi, tindakan para guru seperti ini sangat tidak profesional dan membuatkan orang ramai memandang rendah kerjaya seorang guru.
Tak layak jadi guru. Guru ramai sangat gila ‘attention’ sekarang’. Malu Tengok. Buat content bodoh dan entah pape. Hilang profesionalisme dan ketokohan guru zaman sekarang. Semua gila publisiti. Tengah mengajar pun sibuk record.
Berikutan itu, warga maya tampil menasihatkan pendidik di luar sana agar lebih bertanggungjawab dan menjadi contoh yang baik kepada anak murid masing-masing.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.