“Lepas Ni i-Nillalilah..” KWSP Bakal Lancar i-Lindung Dan i-Sayang Tahun Hadapan

Berita

“Lepas Ni i-Nillalilah..” KWSP Bakal Lancar i-Lindung Dan i-Sayang Tahun Hadapan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengenalkan dua kemudahan baharu iaitu i-Sayang dan i-Lindung sebagai salah satu usaha untuk menjaga kebajikan rakyat kala ini.

Perlaksanaan dua skema kewangan itu dijangka akan bermula pada suku pertama 2022 yang difahamkan akan memberi manfaat kepada pasangan suami isteri dan juga golongan pesara di Malaysia.

Advertisement
KWSPSumber : Google  

Perkara itu diperincikan oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir di mana kemudahan i-Sayang akan melibatkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Manakala i-Lindung pula merupakan kemudahan dana persaraan yang membenarkan pengeluaran Akaun 2 bagi membolehkan pembelian insuran hayat dan penyakit kritikal menerusi platform KWSP.

Dalam pada itu, pihak KWSP juga menyokong skim caruman lebih secara sukarela oleh para pekerja di mana mereka boleh meminta majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.

Selain itu, inisiatif lain yang cuba untuk diperkasakan adalah pendekatan secara berperingkat bagi kewajipan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

COVID19
2 years ago

Gerai Popular Di Pulau Pinang Diarahkan Tutup, 12 Kes Positif COVID-19 Libatkan Pekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...