Gerai Popular Di Pulau Pinang Diarahkan Tutup, 12 Kes Positif COVID-19 Libatkan Pekerja

Berita

Gerai Popular Di Pulau Pinang Diarahkan Tutup, 12 Kes Positif COVID-19 Libatkan Pekerja

Gerai penjaja popular di Pulau Pinang dilaporkan telah diarahkan untuk tutup buat sementara waktu berikutan jangkitan COVID-19 telah dikesan di lokasi berkenaan, seperti yang dilaporkan The Star.

Gerai tapak penjaja sementara New Lane serta sebuah kedai kopi telah merekodkan sebanyak 12 peniaga dan pembantu mereka telah sah dijangkiti wabak membunuh itu.

Advertisement
Covid19Google  

Perkara tersebut dimaklumkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPS) menerusi sebuah kenyataan di mana penutupan tapak gerai itu telah berkuatkuasa semalam sehingga ke tarikh yang akan diumumkan bagi membendung penularan COVID-19.

Maklum MBPP lagi, kawasan tersebut akan menjalani sanitasi dan kerja pembasmian kuman mengikut SOP.

New Lane PenangGoogle  

Penutupan tapak tersebut telah melibatkan sejumlah 25 gerai di New Lane serta sebuah kedai kopi yang beroperasi dari jam 4 petang sehingga 10 malam.

Dalam pada itu, MBPP dalam kenyataan sama turut menyeru agar peniaga sentiasa mematuhi perintah penutupan tersebut atau bakal dikenakan tindakan dan pembatalan lesen perniagaan sekiranya ingkar.

The Datai Langkawi tutup 10 hari
2021-11-23 10:51:06

16 Kakitangan Positif COVID-19, Resort Lima Bintang Di Langkawi Tutup 10 Hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star