Lepas Langgar Pelajar Sampai Mati, Tular Pula Video Pegawai Polis Pukul Orang Awam

Hiburan

Lepas Langgar Pelajar Sampai Mati, Tular Pula Video Pegawai Polis Pukul Orang Awam

Belum selesai kes pegawai polis melanggar pelajar sampai mati tempoh hari, kini tular pula video seorang pegawai polis yang dirakam memukul orang awam.

Difahamkan, aksi tersebut telah ditularkan di aplikasi X yang bersumberkan laman Telegram Edisi Siasat.

Advertisement

Meninjau ruangan komen orang ramai, aksi tersebut dilakukan oleh seorang pegawai polis berpangkat OCS (Ketua Polis Balai) di Batu Pahat, Johor.

Dalam video tersebut, pegawai polis itu dilihat menampar berkali-kali muka seorang individu dan menarik rambutnya sambil berkata “dah la tak puasa,mencuri pula”.

Hantaran tersebut kemudiannya menjadi bahan perbualan warga maya yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pegawai polis yang sepatutnya menjaga keselamatan namun bertindak sebaliknya.

Pegawai polisSumber : Telegram  

Malah, ramai mempersoalkan tindakan tersebut yang dilakukan di tempat awam selain mengaitkan tahap disiplin pegawai yang berkhidmat dalam agensi keselamatan awam yang dilihat semakin teruk sejak kebelakangan ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kereta polis
4 months ago

Dua Anggota Polis Ditahan Didakwa Samun & Perkosa Remaja Warga Asing Dalam Kereta Peronda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...