“Lepas 28 Tahun Kahwin, Dia Failkan Cerai..” – Madu Dakwa Suami Tak Balik Rumah Sejak Kahwin Dengan Miera Leyana

Hiburan

“Lepas 28 Tahun Kahwin, Dia Failkan Cerai..” – Madu Dakwa Suami Tak Balik Rumah Sejak Kahwin Dengan Miera Leyana

Madu kepada pelakon, Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib memaklumkan bahawa dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama suami, Rosland Othman.

Isteri pertama itu berkata dia yakin bahawa dia berada di pihak yang benar dan berharap rumah tangganya dapat diselamatkan walaupun hubungan mereka sudah dilanda masalah sejak tahun 2021.

Advertisement

Saya yakin saya tak bersalah. Jadi sebab tu saya tak nak bercerai. Talak memang terletak di tangan suami tapi saya harap rumah tangga saya dapat diselamatkan.

Dalam pada itu, Adibah memaklumkan suaminya juga sudah lama tidak pulang ke rumah selepas berkahwin dengan madunya, Miera pada Julai 2020 lalu.

Bukan itu sahaja, dia juga meluahkan rasa sedih apabila suaminya langsung tidak berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka sehingga perlu melibatkan pihak mahkamah.

Saya pun tak tahu dia failkan cerai. Memang sedih lepas 28 tahun kahwin akhirnya jadi macam ni.

Malah, Adibah berkata suaminya turut mengambil anak keempat mereka, Nur Anisa tanpa pengetahuan dan kini tinggal bersama suami.

Dia ambil anak dari sekolah dan sejak tu, anak kami terus tinggal dengan dia. Dia masih berstatus suami saya jadi saya tak ada masalah untuk dia jaga anak.

Bagaimanapun, dia berharap suaminya akan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik kepada anak-anak mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

"Saya Ada Alasan Sendiri.." - Shuhada Nafi Tutup Bisnes 'Shelup-Shelup' Sebab Harga Kayangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...