“Lembab, Bimbo, Bodoh-Bodoh, Sesuai Dengan Dia” – Syifa Melvin Dedah Riena Diana Pernah ‘Spoil’ Momen Pengumuman Nak Kahwin

Hiburan

“Lembab, Bimbo, Bodoh-Bodoh, Sesuai Dengan Dia” – Syifa Melvin Dedah Riena Diana Pernah ‘Spoil’ Momen Pengumuman Nak Kahwin

Usahawan dan pensohor media sosial, Syifa Melvin baru-baru ini ada berkongsikan saat dan momen ketika dia ingin mengumumkan bahawa dirinya bakal bernikah dalam masa dua bulan sebelum ini.

Kata Syifa, rakan-rakan yang lain meluahkan rasa terkejut namun dia sedikit ‘spoil’ dan terganggu ketika pelakon Riena Diana memaklumkan sudah mengetahui mengenai berita itu terlebih dahulu.

Advertisement

Ujarnya, Riena yang dianggap seorang yang lembab itu sebenarnya sudah mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh rakan artis, Rozita Che Wan.

..tapi hampa tahu tak, siapa yang potong stim, siapa yang potong cerita..Riena. Perempuan tu watak Lailer tu memang sesuai dengan dia.

Bimbo, lembab, bodoh-bodoh, sesuai dengan dia. Di tak terkejut tau. Hampa tau dia kata apa, ‘aku dah agak dah’. Che Ta beritahu aku, kau nak kahwin November ni, sebab tu aku diam saja.

Difahamkan, Riena ada bergandingan bersama Rozita Che Wan dalam sebuah drama di mana menjadi punca dia mengetahui berita perkahwinan Syifa Melvin itu dengan lebih awal.

Sebab tu kami tak terkejut dia bawa watak tu. Sebab tu memang dia.

Sekadar info, Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin telah bernikah dengan pemain bola sepak JDT, Safawi Rashid pada 28 November tahun lalu.

wanns ahmad
1 year ago

"Penatlah Asyik Nak L*ncap Sebelum Tidur" - Pelakon Lelaki Selamba Minta Cadangan Netizen Hentikan Tabiat Onani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...