“Penatlah Asyik Nak L*ncap Sebelum Tidur” – Pelakon Lelaki Selamba Minta Cadangan Netizen Hentikan Tabiat Onani

Hiburan

“Penatlah Asyik Nak L*ncap Sebelum Tidur” – Pelakon Lelaki Selamba Minta Cadangan Netizen Hentikan Tabiat Onani

Pelakon dan juga penyanyi, Wanns Ahmad baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia secara terbuka ‘mendedahkan’ masalahnya mengenai tabiat onani.

Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Wanns ada bertanyakan netizen tentang cara untuk terus berhenti daripada melakukan aktiviti terkutuk itu.

Advertisement

TOLONG BAGI CADANGAN DAN PENDAPAT MACAM MANA NAK HENTIKAN TABIAT ONANI SEBELUM TIDUR??

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan cadangan dan panduan tentang cara mengatasi masalah ketagihan yang sering dikaitkan dengan kaum lelaki ini.

Antara artis dan selebriti yang meninggalkan komen adalah seperti Ryan Deedat, Ayu Puteh, Idzham Ismail dan ramai lagi.

Namun begitu, difahamkan hantaran tersebut hanyalah sekadar ‘marketing’ untuk lagu terbaru Wanns yang berjudul Makhluk Jalang Terbuang yang bakal dilancarkan tidak lama sahaja lagi.

Menurut Wanns, dia ingin tampil berbeza dalam karya terbarunya kali ini dan hanya berniat untuk mendidik masyarakat untuk tidak terjebak dengan perbuatan tersebut.

Dia juga berharap agar masyarakat dapat menerima maksud sebenar di sebalik lagu tersebut setelah ia dilancarkan kelak.

Sekadar info, Wanns yang sebelum ini aktif berlakon tampil dengan single kedua setelah hampir lapan tahun tidak merakam lagu terbaru.

nad zainal ungku ismail
1 year ago

Wang Derma Ketika Sakit Didakwa Diseleweng, Bergaduh Dengan Rakan Artis - "Nad Akan Jawab Dengan Ungku Ismail Nanti"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...