Lelaki Usia 23 Tahun Melutut Minta Maaf Kerana Hina Anak Caprice Dan Isteri – “Perangai Macam Sampah”

Hiburan

Lelaki Usia 23 Tahun Melutut Minta Maaf Kerana Hina Anak Caprice Dan Isteri – “Perangai Macam Sampah”

Penyanyi rap terkenal, Caprice ada berkongsi video di laman Instagram miliknya yang memaparkan seorang pemuda berusia 23 tahun telah tampil untuk membuat permohonan maaf terhadap isteri dan juga anaknya yang masih bayi.

Tindakan itu dilakukan kerana pemuda itu telah menghina anak Caprice dan Farra dengan menggelarnya sebagai ‘Dajjal kecil’.

Advertisement

Pemuda itu dilihat telah dibawa ke rumah Caprice dan dia turut  berhadapan dengan isteri pemain rap itu sendiri selain bertindak memohon maaf sambil melutut.

Isteri Caprice sebelum itu telah memarahi pemuda berkenaan dan menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut terhadap mana-mana orang di luar sana.

Satu soalan aku nak tanya kau ini gila ke betul? Apa masalah kau maki-maki anak aku? Baru 23 nak buat perangai sampah. Kau patut bersyukur jumpa dengan Caprice dalam keadaan dia mampu kawal aku.

Kau nak minta maaf dengan aku, ikut cara aku. Aku nak kau melutut minta maaf dengan anak aku. Kau buat apa yang aku nak, dua dua lutut ke bawah pun tak apa.

Usai peristiwa itu, Caprice membawa pemuda tersebut ke masjid untuk menunaikan solat selain turut memberikannya sedikit wang itu dikirim kepada ibunya.

Hantaran video itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berasa puas dengan tindakan Caprice yang boleh dianggap sebagai satu pengajaran kepada mereka yang sering berkelakuan ‘berani’ hanya di belakang papan kekunci.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sarah Yasmine
8 months ago

Sarah Yasmine Akur Dapat Notis Perintah Mahkamah, Terpaksa Tahan Diri Isu Komen 'Goodbye' Daripada Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...