Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Pemandu Wanita Bakal Dihadapkan Lagi Pertuduhan Pukul & Ugut Pekerja Restoran

Kehidupan

Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Pemandu Wanita Bakal Dihadapkan Lagi Pertuduhan Pukul & Ugut Pekerja Restoran

Gara-gara bertindak kasar dengan seorang pemandu wanita di jalan Cameron Highlands, lelaki berbaju merah yang tular di media sosial itu telah dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah.

Namun, belum habis mengenai isu tersebut, lelaki yang juga merupakan penyelia kilang itu bakal berhadapan lagi satu pertuduhan iaitu mengeluarkan kata-kata kesat dan menampar pekerja restoran di Cameron Highlands.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, seorang pekerja restoran telah membuat laporan di Balai Polis Cameron Highlands terhadap suspek sama.

Difahamkan, suspek didakwa menampar salah seorang pekerja bertubi-tubi kerana berang makanan yang dipesan mengambil masa yang lama untuk disediakan.

Manakala seorang lagi pekerja dipukul ketika cuba memberi penjelasan kepada suspek bahawa hidangan yang dipesannya tidak tersedia.

Tambahnya lagi, pihak polis akan memanggil beberapa saksi untuk melengkapkan siasatan  berhubung kejadian tersebut.

tunjal

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sengaja dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menggunakan perkataan kesat.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Tapah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap seorang pemandu wanita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki tunjal
11 months ago

Sebelum Kejadian Tunjal, Lelaki 'Acah' Samseng Tampar Pekerja Restoran Di Cameron Highland? - "Dia Lempar Makanan, Tampar Staf"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...