Sebelum Kejadian Tunjal, Lelaki ‘Acah’ Samseng Tampar Pekerja Restoran Di Cameron Highland? – “Dia Lempar Makanan, Tampar Staf”

Kehidupan

Sebelum Kejadian Tunjal, Lelaki ‘Acah’ Samseng Tampar Pekerja Restoran Di Cameron Highland? – “Dia Lempar Makanan, Tampar Staf”

Tular baru-baru ini video yang mempamerkan seorang lelaki bertindak menunjal kepala pemandu wanita kerana berang dengan cara pemanduannya.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki berkenaan menengking wanita terbabit dan tindakannya itu mengundang kecaman ramai terutamanya apabila dia ‘mengangkat’ tangan terhadapnya.

Advertisement

Bagaimanapun, tidak lama selepas ia tular seorang individu yang mendakwa dirinya saksi kejadian telah tampil memberikan penjelasan tentang situasi tersebut.

tunjal
11 months ago

Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita Ditahan Polis, Saksi Tampil Pertahankan - "Kami Nyaris Masuk Gaung"

Terbaru, seorang lagi individu pula tampil mendedahkan cerita membabitkan lelaki yang sama yang didakwa pernah mengasari pekerja kedai makan.

Berdasarkan perkongsiannya di TikTok, dia mendakwa lelaki itu pernah menampar pekerja restoran steamboat pada 4 Jun lepas yang terletak di Cameron Highland.

Jelasnya, ketika kejadian itu berlaku dia dan keluarganya berada di lokasi sedang menikmati makanan dan menyaksikan insiden tersebut di depan mata mereka.

Dia dah tampar sekali, kami malas nak ambil tahu. Lepas tu, dia lempar makanan, kemudian tampar pekerja lain berkali-kali.”

@cadar_puterichantique

Replying to @Jesh Official Glory Steamboat Cameron Highland

? original sound – PUTHREESS – PUTHREESS

Wanita terbabit dan keluarganya malah menyuruh lelaki tersebut berhenti mengasari pekerja restoran itu namun dia yang tidak berpuas hati kemudian bergaduh.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memberikan respon mereka di mana rata-ratanya mengkritik lelaki tersebut yang panas baran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...