Satu pasangan kekasih bertindak memecut kereta yang dipandu sejauh 14 kilometer kerana melarikan diri daripada ditangkap khalwat pihak berkuasa di paya lebar, Melaka sekitar jam 9.30 malam hari Khamis.
Seorang lelaki berusia 30 tahun memecut laju kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki bersama kekasih apabila berselisih dengan kereta peronda Polis.
Setibanya di Paya Lebar, kereta itu terbabas ke dalam sungai dan pemandunya terus melarikan diri dengan berenang ke seberang.
Manakala pasangan suspek yang merupakan seorang wanita berusia 26 tahun ditemui selamat dalam kereta, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Wanita itu kemudian dihantar ke rumah saudaranya di Telok Gong, Melaka oleh anggota peronda terlibat.
Siasatan mendapati suspek disyaki melarikan diri kerana bimbang ditahan pihak polis, susulan disyaki berdua-duaan di dalam kereta dengan teman wanita yang baru dikenali.
Kereta suspek terbabas sendiri dan tidak membabitkan kemalangan dengan kenderaan lain. Selain itu tiada tangkapan dan rampasan dibuat.
Pihak polis juga mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dadah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.