Dakwa Diugut ‘Tutup Mulut’ Oleh Anggota Polis, Imran Suresh Diburu

Berita

Dakwa Diugut ‘Tutup Mulut’ Oleh Anggota Polis, Imran Suresh Diburu

Seorang individu bernama Muhammad Imran Suresh dilaporkan sedang diburu pihak Polis Diraja Malaysia berhubung kenyataan yang dikeluarkannya di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, individu itu mendakwa dia mempunyai maklumat mengenai kejadian simbah asid membabitkan skuad Selangor FC, Faisal Halim.

Advertisement

Berhubung perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihak mereka sedang mencari siapakah Imran bagi tujuan membantu siasatan.

Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil kepada polis, bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Razarudin juga berkata bahawa pihak mereka masih melakukan siasatan lanjut termasuklah mengenal pasti mengenai motif sebenar kejadian.

Beliau juga menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes.

Terdahulu, Imran Suresh menerusi beberapa hantaran di Instagram Story ada mendakwa dia telah dipanggil polis selain disuruh untuk ‘menutup mulut’ daripada mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa Faisal Halim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Faisal halim
1 day ago

Melecur Tahap 4, Faisal Halim Kini Berada Di ICU - "Seorang Suspek Warga Tempatan Ditahan Polis"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...