Lelaki Mengadu Kipas Bot Putus, Rakan Pula Tenang Makan Nasi

Trending

Lelaki Mengadu Kipas Bot Putus, Rakan Pula Tenang Makan Nasi

Bagi penggemar aktiviti memancing dan yang selalu turun ke laut, mesti anda pernah melalui banyak cabaran yang berlaku di luar jangkaan, kan?

Laut yang bergelora, hujan secara tiba-tiba atau terjatuh daripada bot adalah contoh dugaan yang mungkin dihadapi.

Advertisement

Baru-baru ini di TikTok, tular satu perkongsian video memaparkan dua orang lelaki sedang memancing namun secara tiba-tiba kipas bot yang dinaiki putus ketika berada di tengah-tengah laut.

4 years ago

3 jam Berenang Di Tengah Lautan, Remaja Ini Berjaya Diselamatkan Oleh Tentera Laut Indonesia

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi salah seorang pemancing yang langsung tidak menunjukkan rasa panik. Manakala seorang lagi dengan tenang menunjukkan suasana di tengah laut itu.

Di sekeliling mereka sepi tanpa sebarang bot lain dan hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.

Tidak hirau kipas bot putus, isi perut lebih penting

Lebih mencuit hati apabila rakannya tidak menghiraukan keadaan itu sebaliknya sedang asyik menikmati sebungkus nasi. Mungkin baginya, lebih baik makan daripada panik.

Rakan lelaki makan nasi ketika kipas bot putus

Rakan lelaki tersebut sedang makan ketika kejadian – via TikTok

“Boleh pulak dia makan, kalau aku dah menangis tak berlagu dah tu..”

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur dengan reaksi tenang pemuda itu. Ada juga yang berseloroh mengatakan mereka mungkin sudah menangis apatah lagi melihat langit sudah gelap.

Lebih melucukan, terdapat juga komen daripada individu yang menyuruh mereka berdua berenang untuk pulang ke darat. Ramai juga yang ingin tahu apakah kesudahan kepada kejadian yang menimpa mereka itu. Dapat balik ke tidak?

Komen netizen kejadian kipas bot putus

Komen netizen – via TikTok

 

Komen netizen tentang kejadian kipas bot putus

Komen netizen – via TikTok

Anda jangan risau, mereka berdua akhirnya berjaya balik ke darat. Menurut lelaki tersebut, mereka berjaya pulang selepas menunggu kira-kira tiga jam untuk mendapatkan bantuan.

Tak kisahlah berapa jam, janji dapat balik. Betul tak?

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...