Lelaki Maut Terjatuh ‘Ferris Wheel’ Tapak Pesta Ria Di Cheras, Semalam

Berita

Lelaki Maut Terjatuh ‘Ferris Wheel’ Tapak Pesta Ria Di Cheras, Semalam

Mimpi ngeri bertukar menjadi nyata, seorang lelaki dilaporkan telah meninggal dunia setelah terjatuh dari buaian berpusing (Ferris Wheel) di sebuah tapak pesta ria yang terletak berhampiran pusat beli-belah di Cheras Selatan, tengah malam tadi seperti yang dilaporkan portal Astro Awani.

Gaji Minimum
3 years ago

Masih Dalam Kajian, Perlaksanaan Gaji Minimum Terbaru Bakal Diumum Tahun Hadapan

Advertisement

Manakala seorang lagi difahamkan mengalami kecederaan akibat insiden yang sama.

Insiden tragedi itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman di mana dia memaklumkan ada menerima maklumat kejadian daripada pekerja tapak pesta ria tersebut kira-kira jam 12.05 tengah malam.

Saksi memaklumkan dua lelaki terjatuh dari buaian permainan fun fair. Salah seorang mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi. Seorang lagi mangsa berusia 30-an mengalami kecederaan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk bedah siasat manakala individu yang cedera pula dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

 

Maklum Mohd Nasir lagi, tiada unsur jenayah didapati dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Walau bagaimanapun, polis tetap akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada ia datang daripada kecuaian pihak pemilik tapak pesta ria ataupun mangsa sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...