Masih Dalam Kajian, Perlaksanaan Gaji Minimum Terbaru Bakal Diumum Tahun Hadapan

Berita

Masih Dalam Kajian, Perlaksanaan Gaji Minimum Terbaru Bakal Diumum Tahun Hadapan

Kajian mengenai Perintah Gaji Minimum dilaporkan akan diumumkan pada tahun hadapan setelah kajian mengenainya selesai pada akhir tahun ini.

Vellfire
2 years ago

Kos Sewaan Jimat RM2.80, Kenderaan Menteri Ditukar Dari Proton Perdana Ke Vellfire

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim di mana dia berkata bahawa pada ketika ini kerajaan dan pihak terlibat masih menjalankan kajian mengenai gaji minimum tersebut.

Datuk Awang HashimSumber : Google  

Difahamkan juga, kajian tersebut dijangka selesai pada suku ke-empat tahun ini.

Kajian semula gaji minimum ini adalah selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun. Ini kita tidak boleh ubah, kalau kita mahu ubah kena buat melalui Parlimen, ia bukan setahun sekali seperti Yang Berhormat Muar katakan tadi.

Datuk Awang Hashim berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq (Bebas-Muar) mengenai soal semakan gaji minimum di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, gaji minimum pernah dinaikkan sebanyak RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan sekitar 1 Februari 2020 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...