Lelaki Maut Akibat Dicekik Hanya Kerana Isu Pembesar Suara Di Ipoh, Perak

Berita

Lelaki Maut Akibat Dicekik Hanya Kerana Isu Pembesar Suara Di Ipoh, Perak

Hanya berpunca daripada isu pembesar suara, seorang lelaki maut akibat dicekik ketika bergelut dalam pergaduhan yang membabitkan beberapa individu di hadapan sebuah warung di Flat Ashby Road, semalam.

Lapor Astro Awani, individu yang mati dicekik itu dikenali sebagai Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, berusia 29 tahun.

Advertisement
Ipoh Ashby cekikSumber : Astro Awani 

Difahamkan, si mati dikatakan telah mencuri pembesar suara milik salah seorang daripada suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid di mana mangsa berada dalam keadaan tertiarap pada awalnya telah dicekik sehingga mati oleh si pelaku.

Saya difahamkan suspek tidak berpuas hati sebab mangsa telah mencuri speaker kepunyaan salah seorang suspek. Berlaku sedikit pertengkaran dan menyebabkan mangsa terbunuh dalam kejadian.

Ujar Datuk Mior lagi, mangsa juga mempunyai masalah mental dan ketiga-tiga suspek yang berusia 60,43, dan 34 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan selain sebilah pisau lipat juga telah ditemui di lokasi kejadian turut dirampas.

Advertisement

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Mayat mangsa juga telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk prosedur bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Gardenia
2 minggu lalu

Harga Barang Naik, Roti Gardenia Perkenal Harga Baru Mulai 1 Disember Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anon

    November 26, 2021 at 8:46 pm

    Makcik yang geram geram sangat tu harap bertaubat. Tak tau apa2 dah suka pulak tengok orang kena belasah, memang gila busuk punya perangai. Takde orang boleh pukul orang lain, apa2 hal panggil polis biar cerita dekat balai. Kena ada pendamai barula semua orang selamat. Semua kena hati hati lepas ni, tolonglah. Nyawa tu..

  2. Anon

    November 26, 2021 at 2:11 pm

    Tu la dah bgtau malaysia ni lembab lagi dalam tangani issue pencemaran bunyi bising. Makin maju negara, makin tempat jadi sempit, makin org nak privacy sendiri, makin org cepat dapat tekanan. Tak da undang2 bising. Semua nak suruh org Toleransi. Nope! Dunia dah berubah.

  3. entah lerr

    November 26, 2021 at 10:53 am

    kesiannnnn.. yang mencuri, salah tetap salah. yang membunuh, terlalu ikut perasaan dan hasutan syaitan. sia sia kena masuk penjara. kesiannnnn.. kalau simati mencuri, bawak je kes ke balai polis. tak perlu sampai membunuh. last last diri sendiri sama terjebak. kesiannnn.. belajar belajar lah cara kawal perasaan amarah sikap syaitan tu. kesiannnnnn…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...