Lelaki Maut Akibat Dicekik Hanya Kerana Isu Pembesar Suara Di Ipoh, Perak

Berita

Lelaki Maut Akibat Dicekik Hanya Kerana Isu Pembesar Suara Di Ipoh, Perak

Hanya berpunca daripada isu pembesar suara, seorang lelaki maut akibat dicekik ketika bergelut dalam pergaduhan yang membabitkan beberapa individu di hadapan sebuah warung di Flat Ashby Road, semalam.

Lapor Astro Awani, individu yang mati dicekik itu dikenali sebagai Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, berusia 29 tahun.

Advertisement
Ipoh Ashby cekikSumber : Astro Awani 

Difahamkan, si mati dikatakan telah mencuri pembesar suara milik salah seorang daripada suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid di mana mangsa berada dalam keadaan tertiarap pada awalnya telah dicekik sehingga mati oleh si pelaku.

Saya difahamkan suspek tidak berpuas hati sebab mangsa telah mencuri speaker kepunyaan salah seorang suspek. Berlaku sedikit pertengkaran dan menyebabkan mangsa terbunuh dalam kejadian.

Ujar Datuk Mior lagi, mangsa juga mempunyai masalah mental dan ketiga-tiga suspek yang berusia 60,43, dan 34 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan selain sebilah pisau lipat juga telah ditemui di lokasi kejadian turut dirampas.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Mayat mangsa juga telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk prosedur bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Gardenia
3 years ago

Harga Barang Naik, Roti Gardenia Perkenal Harga Baru Mulai 1 Disember Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...