Lelaki Kongsi Tips ‘Seludup’ Makanan Dalam Wayang, Rupanya Ramai Pernah Buat? – “Janganlah Bagi Kantoi!”

Kehidupan

Lelaki Kongsi Tips ‘Seludup’ Makanan Dalam Wayang, Rupanya Ramai Pernah Buat? – “Janganlah Bagi Kantoi!”

Umum mengetahui, setiap pawagam mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi oleh para penonton ketika menonton wayang.

Antara peraturan yang sering dipaparkan sebelum sesebuah filem ditayangkan adalah seperti tidak dibenarkan untuk mengambil rakaman video atau fotografi, serta tidak dibenarkan untuk membawa makanan luar.

Advertisement

Namun, baru-baru ini tular di aplikasi TikTok memaparkan tindakan seorang lelaki yang berkongsi cara menyembunyikan makanan untuk dibawa ke dalam panggung wayang.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat memasukkan makanan dari sebuah restoran makanan segera di dalam sebuah kotak kasut.

Bukan itu sahaja, dia juga berjaya ‘menyeludup’ makanan tersebut ke dalam pawagam wayang dan dapat menikmati makanan sambil menonton wayang.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mengakui mereka pernah melakukan cara yang sama untuk menyeludup makanan.

Bagaimanapun, ada juga yang meminta lelaki berkenaan untuk tidak berkongsi perkara itu di media sosial kerana bimbang pihak pawagam akan mengetahui ‘rahsia’ mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Les copaque gaji
2 years ago

"Bos Kereta Mewah Bersusun, Gaji Staff Sikit Nak M*mpos!" - Gaji Tak Bermaruah, Syarikat Animasi Sekali Lagi Dikecam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...