“Bos Kereta Mewah Bersusun, Gaji Staff Sikit Nak M*mpos!” – Gaji Tak Bermaruah, Syarikat Animasi Sekali Lagi Dikecam?

Kehidupan

“Bos Kereta Mewah Bersusun, Gaji Staff Sikit Nak M*mpos!” – Gaji Tak Bermaruah, Syarikat Animasi Sekali Lagi Dikecam?

Beberapa hari yang lalu, sebuah syarikat animasi terkenal menjadi bahan bualan warga maya gara-gara satu podcast yang diterbitkan pihak mereka telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Dikecam hebat netizen, syarikat animasi tersebut sekali lagi menjadi tumpuan gara-gara tawaran gaji yang dianggap tidak bermaruah dan terlalu sedikit, tidak setaraf dengan kerja yang ditawarkan.

Advertisement

Dalam satu tangkap layar yang dimuat naik individu itu, gaji yang ditawarkan syarikat berkenaan adalah pada kadar RM2,000 sehingga RM2,500 bagi jawatan Animator, Environment Technical Artist, Storyboard Artist, VFX Artist dan juga Compositor.

Manakala taraf pendidikan untuk pemohon adalah Ijazah atau setaraf.

Syarikat animasi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik syarikat berkenaan yang didakwa tidak berperikemanusiaan sementelah mereka terpalit dengan isu ‘mengumpat’ staff sendiri di media sosial.

CEO kereta Maserati Ferrari bagai tapi gaji cuma RM2,000-RM2,500. P*lat betul company Melayu kita ni.

Gaji 2k-2.5k while boss tukar kereta mewah?

Netizen juga dilihat mengungkit pengasas syarikat itu yang sebelum ini membuat penjelasan mengenai isu tersebut dengan memuat naik foto kereta-kereta mewah yang dimilikinya.

Komen

bos

“Buntang mata tengok gaji. Harap tak ada yang apply. Yang staf ada pun harap resign je. Biar berkubur terus” ujar netizen yang lain.

podcast kutuk pekerja sendiri
11 months ago

"Zaman Kejatuhan Bakal Tiba" - Podcast Syarikat Animasi Terkenal Dikecam, Rancak Mengutuk Pekerja Sendiri Di Podcast

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...