Lelaki Kantoi Buat Laporan Palsu Dakwa Disamun & Kereta Audi Dicuri, Rupanya Mahu ‘Claim’ Insurans

Kehidupan

Lelaki Kantoi Buat Laporan Palsu Dakwa Disamun & Kereta Audi Dicuri, Rupanya Mahu ‘Claim’ Insurans

Polis Daerah Rembau mendedahkan penipuan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun demi mendapatkan tuntutan insurans.

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, lelaki tersebut telah membuat laporan di IPD Rembau pada 21 Disember lepas mendakwa dirinya telah menjadi mangsa samun sehari sebelum tarikh tersebut.

Advertisement

Mangsa’ mendakwa pada 20 Disember, 10.22 malam dia telah ditahan dua individu tidak dikenali dan telah menyamun barang peribadi, serta membawa lari kereta jenis Audi.

audi merah

Gambar hiasan

Siasatan kemudian dijalankan di bawah Seksyen 295 Kanun Seksaan namun selepas soal siasat terhadap lelaki itu, polis mendapati kejadian yang dilaporkannya adalah palsu.

“Mangsa membuat laporan palsu bertujuan untuk membuat tuntutan insurans ke atas kereta Audi tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadir Bin Shaik Mohamed.

Siasatan selanjutnya terhadap kes itu diteruskan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 6 bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, polis menyeru orang ramai agar tidak membuat laporan palsu sehingga memberi impak negatif berlaku kejadian jenayah yang mengganggu gugat ketenteraman awam di daerah itu.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

Dari Awal Dah 'Target', ‘Ejen Insurans’ Bun*h Pencarum Sebatang Kara Untuk Tuntut Insurans Nyawa Berjumlah RM500K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...