Dari Awal Dah ‘Target’, ‘Ejen Insurans’ Bun*h Pencarum Sebatang Kara Untuk Tuntut Insurans Nyawa Berjumlah RM500K

Kehidupan

Dari Awal Dah ‘Target’, ‘Ejen Insurans’ Bun*h Pencarum Sebatang Kara Untuk Tuntut Insurans Nyawa Berjumlah RM500K

Polis Johor berjaya mengenal pasti sindiket ‘ejen insurans’ yang tergamak membunuh pencarum demi tuntutan insurans nyawa.

 

Advertisement

Cara pembunuhan

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, sindiket itu dikenal pasti selepas berlaku satu kejadian bunuh melibatkan lelaki berusia 38 tahun i Jalan Senai-Seelong di sini, pada 4.40 pagi, 6 Mei lepas.

Mangsa yang dilanggar sebuah lori pada hari kejadian sebenarnya terlebih dahulu dihimpit dan dilanggar oleh sekumpulan suspek menggunakan dua kereta dan sebuah motosikal sebelum kemudian dipukul kerana tidak meninggal dunia.

Ketua Polis Johor M Kumar

Kemudian, dalam keadaan tidak bermaya, kebetulan lalu sebuah lori di lokasi kejadian terlanggar mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, pihak polis percaya tindakan dilakukan suspek itu adalah untuk memastikan mangsa meninggal dunia agar mereka boleh membuat tuntutan caruman insurans nyawa diserahkan kepada ‘pewaris’ yang tidak dikenali mangsa.

 

 

Modus operandi

Sindiket ini akan mengenal pasti pencarum yang hidup sebatang kara dan membuat caruman tanpa pengetahuan mangsa. Mereka akan membuat permohonan polisi insurans nyawa dengan memalsukan tanda tangan dan sanggup menunggu sehingga polisi diluluskan.

Selepas polisi lulus, kumpulan ini akan merancang untuk membunuh pencarum tersebut dan membuat seolah-olah ia seperti kemalangan maut.

Setelah pencarum meninggal dunia, mereka akan membuat tuntutan insurans nyawa berjumlah RM500,000.

polisi insurans nyawa

M Kumar berkata, lapan suspek telah ditahan dengan empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan polis kini masih giat mengesan beberapa suspek yang masih bebas.

Polis turut merampas satu dokumen polisi insurans atas nama mangsa dan tiga kenderaan yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan empat daripada mereka sudah dituduh di mahkamah pada 19 Jun lepas dan empat lagi diberikan bon jaminan.

isteri jahat
6 months ago

"Tergamaknya, Bertopengkan Syaitan Betul" - 'Licin' Semua Duit Insurans, Isteri Tinggalkan Suami Selepas Kemalangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...