Lelaki Jerit, Takut Rakan Buka Tingkap Kereta Untuk Monyet

Trending

Lelaki Jerit, Takut Rakan Buka Tingkap Kereta Untuk Monyet

Seperti yang kita tahu, baru-baru ini terdapat satu insiden seorang bayi lelaki berusia dua bulan cedera di beberapa bahagian badan dan kepala apabila digigit sebelum dipercayai diseret sejauh satu meter oleh seekor monyet liar.

Disebabkan insiden-insiden yang sebegini, terdapat individu yang takut kepada monyet dan merasa terancam apabila haiwan itu mendekati mereka. Kita sedia maklum yang tidak semua spesies monyet berkelakuan sebegitu dan kebanyakannya boleh dikatakan harmless atau tidak merbahaya.

Advertisement

3 years ago

Lelaki Tak Henti Jerit, Geli Tengok Sugar Glider Dekat Badan

Namun tidak dinafikan, setiap orang pastinya mempunyai benda yang membuatkan mereka takut apabila melihatnya. Lagi-lagi kalau benda tersebut muncul depan mata, memang mereka tidak boleh duduk diam lah kerana rasa sangat takut.

Perasaan takut kepada benda atau haiwan ini adalah sesuatu perkara yang normal. Ada sesetengah orang yang jenis takut dengan monyet, ada yang takut dengan lipas atau cicak dan tidak kurang juga yang takut kepada serangga atau haiwan lain-lain.

Lelaki menjerit apabila rakannya mengusik membuka tingkap kereta untuk monyet

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama nashhhhx yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang takut akan monyet sehingga menjerit ketakutan apabila cermin tingkap kereta diturunkan oleh rakannya.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan lelaki itu serta rakannya berada di dalam kereta sambil cuba memberikan makanan kepada monyet yang berada di luar.

Pada masa yang sama, lelaki tersebut kelihatan takut untuk menghulurkan tangannya ke luar tingkap bagi memberikan makanan itu.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut ketawa adalah apabila lelaki itu mula menjerit ketakutan apabila rakannya menurunkan tingkap cermin kereta itu untuk mengusiknya.

Lebih melucukan, lelaki tersebut sampai sanggup menurunkan badannya sambil menyorokkan muka bimbang monyet di situ melompat masuk ke dalam kereta.

Member yang kat luar tu relax je hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 33.1 ribu tontonan, 2.4 ribu tanda like dan 148 komen. Rata-rata netizen turut ketawa melihat gelagat lelaki tersebut yang menjerit kerana takut kepada monyet.

Lelaki jerit takut monyet

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki jerit takut monyet

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan reaki lelaki tersebut menjerit juga membuatkan monyet-monyet di situ berasa keliru melihatnya kerana mereka dilihat sangat relax duduk di luar.

Tidak kurang juga yang terhibur dengan sikap rakan lelaki tersebut yang bersungguh-sungguh membuka serta menutup cermin tingkap kereta kerana hendak mengacau dan kenakan lelaki itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...