Lelaki Tak Henti Jerit, Geli Tengok Sugar Glider Dekat Badan

Trending

Lelaki Tak Henti Jerit, Geli Tengok Sugar Glider Dekat Badan

Seperti yang kita tahu, setiap individu pastinya mempunyai benda yang membuatkan mereka rasa geli atau takut apabila melihatnya. Lebih-lebih lagi kalau benda tersebut muncul depan mata, macam-macam aksi lah yang bakal keluar selepas itu.

Namun tidak dinfikan, perasaan takut atau geli dengan sesuatu benda ini adalah satu perkara yang normal. Ia bukanlah satu perkara yang menjadi penyebab seseorang itu patut berasa malu dan takut untuk berada di khalayak ramai.

Advertisement

3 years ago

Kelakar, Lelaki Jerit & Lompat Kerana Geli Dengan Lipas

Kata orang, lain orang lain caranya. Sama juga dengan perasaan takut atau geli ini, ia bergantung kepada seseorang individu itu sendiri. Ada sesetengah orang yang geli dengan cicak, ada yang geli dengan lipas dan tidak kurang juga yang mungkin berasa geli dengan serangga atau binatang lain-lain.

Lelaki ini takut dan geli lihat seekor sugar glider hinggap di badannya

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama cikpaah yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang begitu takut dengan seekor sugar glider.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki telah diusik oleh rakan-rakannya dengan diletakkan sugar glider pada badannya.

Situasi itu membuatkan dia merasa geli dan ketakutan sehingga menjerit dan kelihatan seperti ingin membuka bajunya untuk menjauhkan diri daripada sugar glider tersebut.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila dia dilihat menjerit-jerit untuk menghalau haiwan berkenaan dari badannya.

Lebih melucukan, rakan-rakannya yang berada di sebelah serta menyaksikan kejadian itu hanya ketawa dan tidak bertindak menolongnya kerana terhibur melihat gelagat lelaki itu.

“Nak gelak ada, nak kesian ada. Tapi gelak la dulu baru kesian hahahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 491.1 ribu tontonan, 20.9 ribu tanda like dan 576 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki itu yang takut dengan sugar glider.

Lelaki takut dan geli dengan sugar glider

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki takut dan geli dengan sugar glider

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan kesian kepada lelaki tersebut kerana rakan-rakannya bukan hendak menolong bahkan ketawakan dia lagi.

Tidak kurang juga yang bergurau mengatakan muka lelaki tersebut garang tetapi tidak sangka dia takut pada sugar glider yang comel.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...