Lelaki Ini Mahu Mogok Lapar Jika Tiada Ketelusan

COVID-19

Lelaki Ini Mahu Mogok Lapar Jika Tiada Ketelusan

Ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19, sudah ramai pihak yang terkesan daripada segi kesihatan, mental, kewangan dan lain-lain.

Ada yang mampu bertahan untuk kelangsungan hidup dengan duit simpanan yang ada, tetapi bagamaina pula nasib mereka yang hanya menerima gaji harian?

Advertisement

3 years ago

Rebah Ketika Selamatkan Pesakit, Netizen Sayu Lihat Pengorbanan Frontliners

Ini juga berlaku kepada para petugas barisan hadapan yang tak henti-henti untuk berkhidmat dan membantu negara sejak tahun 2020 ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Dari sudut lain, terdapat seorang individu yang memuat naik hantaran di akaun Facebook miliknya yang menyatakan pandangan berhubung krisis yang dihadapi oleh negara.

Menurutnya, sudah banyak rakyat Malaysia yang kehilangan ahli keluarga disebabkan wabak Covid-19. Tambahnya, kes harian semakin hari semakin meningkat dan jika hal ini tidak ditangani dengan segera, akan lebih ramai lagi nyawa rakyat Malaysia akan hilang.

Dakwa tak mahu makan jika lima tuntunan tidak dilaksanakan?

Katanya, dia tidak menyokong mana-mana perhimpunan besar-besaran kerana ia boleh menimbulkan risiko pelbagai pihak.

Dia bertindak untuk mogok daripada makan jika kelima-lima tuntutan yang dia nyatakan tidak dilaksanakan.

Beri kuasa atau keputusan kepada pakar

Menurutnya, kuasa dan semua keputusan melibatkan wabak Covid-19 harus diberikan kepada ahli-ahli yang pakar dalam kesihatan.

Ada pun perlu melibatkan ahli politik, dia mencadangkan supaya Khairy Jamaluddin kerana dikatakan beliau mempunyai prestasi yang baik dalam menangani Covid-19. Sekiranya cara ini tidak dapat dilaksanakan juga, maka sidang parlimen perlu dibuat untuk membincangkan kemelut negara.

Peruntukan RM 500 juta untuk keperluan perubatan di hospital

Peruntukan wang untuk memenuhi keperluan perubatan di hospital amat penting dan petugas kesihatan tidak dapat untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia jika kekurangan peruntukan dan peralatan di hospital.

Menurutnya, doktor yang menangani isu ini perlu memaklumkan peralatan yang mereka perlukan secara terbuka dan telus tanpa berselindung supaya dapat menangani pesakit Covid-19 dengan lancar tanpa ada halangan.

Pendedahan daripada petugas barisan hadapan tentang keadaan sebenar

Jika situasi sebenar tidak didedahkan oleh petugas barisan hadapan, rakyat Malaysia tidak akan mengetahui tentang apa sebenarnya berlaku di hospital yang menangani pesakit Covid-19.

hospital covid-19

Ujarnya, bahagian di dalam Perintah Am yang mengatakan penjawat awam tidak dibenarkan untuk bersuara perlu ditangguhkan. Hal ini supaya mereka dapat bebas bersuara dan mendedahkan tentang keadaan yang sebenar.

Bukan itu saja, petugas kesihatan juga perlu mendedahkan data Covid-19 yang sebenar tanpa ditapis daripada pihak berkuasa untuk ditunjukkan kepada masyarakat.

Menyenaraikan syarikat yang dibenarkan operasi

Individu berkenaan menggesa supaya pihak berkuasa menyenaraikan nama sebenar syarikat yang membenarkan pekerja untuk datang bekerja secara fizikal.

Menurutnya, terlalu banyak cerita yang dikongsi mengatakan segelintir majikan memaksa pekerja untuk datang bekerja walaupun bekerja dari rumah (BDR) dibenarkan.

Melalui hal ini, rakyat Malaysia dapat mengetahui senarai nama syarikat yang dibenarkan bekerja ketika pandemik dan  keadaan dapat dikawal sepenuhnya.

Bekalan pelitup muka dan pembersih tangan secara percuma

Jika dilihat, ketika awal pandemik di negara ramai pihak yang menyumbangkan keperluan perubatan seperti face mask, face sheild dan keperluan lain yang digunakan untuk petugas barisan hadapan.

Pemberian pelitup muka jenis KN95 dan pembersih tangan secara percuma di semua hospital dan balai polis diperlukan untuk membantu mereka daripada mengeluarkan modal sendiri.

face mask kn95

Bagi individu ini, adalah tidak adil jika petugas barisan hadapan mengeluarkan modal sendiri demi memberi risiko kepada diri sendiri.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nadzmi juga sempat singgah ke lokasi tersebut

Ketika negara berdepan dengan krisis Covid-19, rakyat Malaysia perlu bersama-sama untuk membantu petugas barisan hadapan. 

Meskipun hanya untuk kekal berada di rumah dapat membantu para frontilner, sebaiknya lakukannya bersama dan hanya keluar apabila perlu saja. Jika perlu untuk bekerja dengan menghadirkan diri secara fizikal, patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Semoga Malaysia dapat bebas daripada wabak Covid-19 dan akan fokus untuk membangunkan semula sektor-sektor yang terjejas ketika pandemik.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...