Lelaki Ini Kongsi Kisah Dikenakan Bermacam Denda Oleh Guru Dahulu, Kini Dah Jadi “Manusia” Berguna

Trending

Lelaki Ini Kongsi Kisah Dikenakan Bermacam Denda Oleh Guru Dahulu, Kini Dah Jadi “Manusia” Berguna

Baru-baru ini isu ibu bapa yang tidak berpuas hati anak-anak dikenakan denda duduk atas jalan ber tar jadi bualan hangat dan mengundang pelbagai respond dari netizen.

Advertisement

Admin sewaktu zaman belajar dulu, penah je duduk atas jalan tar tu. Normal lah kan. Dari diminta berdiri penat juga. Tapi zaman sekarang ni, tak boleh dibuat macam tu? Seriusly? Hmm..

Rata-rata netizen menyifatkan denda yang dilakukan berkenaan adalah perkara biasa dan tidak pun keterlaluan dilakukan oleh pengetua berkenaan, mereka menyifatkan sikap ibu bapa begini membuatkan anak makin manja dan tidak kuat mental

Berkaitan dengan kisah ini, salah seorang netizen bernama Mohammad Airie Firdaus telah berkongsikan kisah zaman sekolahnya dahulu, hukuman yang dilakukan agak berat, tetapi mereka terimanya sebagai pengajaran membuatkan mereka kini menjadi orang.

Terbaca berita budak budak sekolah didenda,ayat buat teruk sangat.

Teringat masa saya sekolah di SMAYK dulu,warden asrama kami bekas komando dan guru disiplin pulak bekas juara tomoi.

Kat asrama dulu,boleh kata tiap tiap pagi kami bangun subuh hanya sekali jerkah ja dengan bekas komander ni.terus kelam kabut capai tuala timba bagai berlari mandi 5 minit.kadang kadang kena beratur sebelum naik musolla.warden pernah check sapa tak mandi pagi.

Pernah ada sorang kawan kantoi.akibatnya dia terpaksa berendam dalam sungai sebelah asrama kami dengan baju teluk belanga kain pelikat yang dia pakai sambil di maki hamun warden.budak budak dalam musolla hari tu ada semayang subuh sambil gelak setiap kali dengar warden maki hamun kawan ni.

7 years ago

Ibu Bapa Tak Puas Hati Anak Didenda Duduk Atas Jalan Tar Kerana Lewat Ke Sekolah

Denda kantoi cha (rokok tembakau) lagi sempoi.warden kami ni rendam tembakau penuh jag dan paksa minum sampai licin.muntah hijau la jawabnya.haha

Setiap pagi sebelum pi kelas,kami akan lalu disebelah bilik warden ni yang tak sunyi dengan bunyi penampar,penumbuk dan maki hamun pada mangsa berkenaan.hari hari macam tu.

Sebelum keluar ke kelas,cadar katil mesti kemas.disiplin macam askar.penah sampah dalam tong sampah bilik saya cuma setengah saja.datang warden terus tuang tong sampah ni di tengah tengah bilik kami.peraturan kami tong sampah mesti kosong setiap pagi.bravo.apa lagi semua pakat kutip dan buang masa tu jugak.

Kalau rasa nak meleh ayaq mata masa kena toucher dalam tamrin,yang ni jauh lebih gila lagi.5 tahun saya hidup macam ni.masa tu tak da sapa yang report kat mak ayah maupun polis.sendiri bikin hal sendiri tanggung.

Banyak kelebihan yang saya dapat dari sistem tarbiah macam ni.tepat waktu,disiplin tinggi dan peka arahan.

Kredit :  Mohammad Airie Firdaus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...