Ibu Bapa Tak Puas Hati Anak Didenda Duduk Atas Jalan Tar Kerana Lewat Ke Sekolah

Trending

Ibu Bapa Tak Puas Hati Anak Didenda Duduk Atas Jalan Tar Kerana Lewat Ke Sekolah

Sejak semalam tersebar bebrapa keping gambar dan video menunjukkan sekumpulan pelajar telah didenda duduk atas jalan tar kerana datang sekolah lambat menyebabkan ada ibu bapa melahirkan rasa tidak puas hati.

Advertisement

Tindakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail mengasingkan pelajar yang datang lewat duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, menimbulkan rasa tidak puas hati Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan.

“Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya,” katanya, dipetik dari Harian Metro.

“Saya lihat kejadian itu ketika hendak menghantar anak untuk menduduki hari pertama SPM. Apabila saya bertanya mengapa buat begitu terhadap pelajar, pengetua menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.

“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.

“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.

“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.

“Bila saya tanya tidak kah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.

“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan yang dihubungi oleh pihak Harian Metro berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.

Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.

“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.

Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.

“Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

8 Comments

  1. Ibu

    November 11, 2016 at 9:46 am

    biar anak2 dpt pengajaran sama & perkara mcm la antara yg mematangkan mereka lgpun akan jadi kenangan terindah bila dah dewasa nanti, ada perkara makayah x perlulah over protective pun, follow the flow saja

  2. IbnNaim

    November 10, 2016 at 7:21 am

    Yelah SMK Taman Tun Dr Ismail tempat orang kaya tu pasal bising. Anak Datuk tu lambat, itu pasal meroyan. Tak pun kawan seperjuangan main golf coplain kat dia. “I say Datuk, anak I datang lambat diorang kena duduk atas jalan tar. Anak I lambat pasal, bini I kesian nak kejut dia awal pagi. Do something lah Datuk” ini dialog atas padang golf. Rileks lah, kami pun dulu datang lambat kena berdiri sampai perhimpunan habis, lepas tu keliling sekolah kutip sampah.

  3. Anonymous

    November 9, 2016 at 9:06 pm

    ok laitu….dulu kami perhimpunan mmg kena berdiri. Ni mak bapa yg over ni mcm x pernah g sek plk dolu2…