Lelaki Bunuh 3 Ekor Kucing Di Dobi Telah Di Tahan Polis

Trending

Lelaki Bunuh 3 Ekor Kucing Di Dobi Telah Di Tahan Polis

Semalam tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan seorang lelaki disyaki membunuh 3 ekor kucing dengan memasukkan kucing-kucing itu ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Desa Aman Puri, Kepong.

4 years ago

(Video) 3 Ekor Kucing Dimasukkan Secara Hidup-Hidup Ke Dalam Mesin Pengering

Advertisement

Cik Mawar My telah memuat naik perkongsian di Facebook miliknya memberitahu bahawa pelaku berkenaan telahpun ditahan pihak polis. Dia yang juga dikenali sebagai Nur Hafizah dikatakan mengenali suspek yang merupakan orang kurang siuman dan sering berulang alik berjalan kaki di kawasan Aman Puri ke Taman Ehsan, Kepong.

Assalamualaikum sedia maklum pelaku yg memasuk kan kucing ke dalam mesin dobi telah dapat di berkas..
Terima kasih atas…

Posted by Cik Mawar My on Sunday, 12 July 2020

Pelaku merupakan lelaki kurang siuman

Nur Hafizah menyedari kejadian itu selepas gambar lelaki terbabit viral di media sosial. Lelaki itu merupakan orang kurang siuman dan hidup gelandangan sejak kematian ibu bapanya.

Akibat bimbang lelaki itu akan diapa-apakan oleh orang lain yang menemuinya, dia dan rakannya nekad mencarinya di kawasan sekitar dan berjaya bertemu lelaki itu kira-kira jam 9 malam semalam dan terus membawanya ke rumah.

Dia kemudiannya menelefon pihak polis bagi menahan lelaki tersebut. Tambahnya lagi, dia tidak mahu spekulasi dari orang ramai berterusan berhubung kes ini dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas.

Tidak melawan semasa ditahan

Menurut Nur Hafizah, lelaki itu tidak langsung bertindak agresif semasa ditemui dan ketika pihak polis dan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar tiba. Dia turut berharap agar pihak berkuasa dapat membawa suspek ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan.

Lelaki yang berusia 30-an itu kini ditahan reman oleh pihak polis selama 4 hari bagi membantu siasatan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...