(Video) 3 Ekor Kucing Dimasukkan Secara Hidup-Hidup Ke Dalam Mesin Pengering

Trending

(Video) 3 Ekor Kucing Dimasukkan Secara Hidup-Hidup Ke Dalam Mesin Pengering

Semalam tular video mengenai seorang lelaki yang bertindak kejam membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu di dalam mesin pengering di sebuah dobi di Desa Aman Puri, Kepong hari ini.

Mohon viralkan. Kejadian hari ini di Kepong, KL. 3 ekor kucing dimasukkan ke dalam dryer sebuah kedai dobi hidup2 ???? *…

Advertisement

Posted by Afiqah Nur on Sunday, 12 July 2020


Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.

“Ini kejadian kedua pembunuhan melibatkan mesin dobi tetapi dimasukkan ke dalam mesin pembasuh baju.”

Arie Dwi trutu menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap pelaku dan dikenakan hukuman yang setimpal.

3 ekor kucing yang ditemui mati di dalam mesin pengering berasingan.


Melalui video tersebut dapat dilihat kucing-kucing tersebut dimasukkan dalam keadaan masih hidup ke dalam mesin pengering tersebut.

Perbuatan kejam itu berjaya dirakam melalui kamera keselamatan CCTV dan telah mengundang kecaman ribuan netizen. Mereka melahirkan rasa terkilan dan sedih atas kejadian yang berlaku.

Menurut sumber, laporan polis telah pun dibuat. Semoga pelaku dapat ditangkap dengan segera agar perbuatan tidak berperikemanusiaan ini tidak berulang lagi.

Sumber (1) (2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...