Syukur Gerai Makanan Kembali Beroperasi, Uyaina Arshad Tarik Nafas Lega

Hiburan

Syukur Gerai Makanan Kembali Beroperasi, Uyaina Arshad Tarik Nafas Lega

Pelakon dan juga personaliti TV, Uyaina Arshad boleh menarik nafas lega apabila kedai makan yang diusahakan bersama kekasih, penyanyi Raja Syahiran kini telah kembali beroperasi seperti biasa.

Uyaina Arshad
3 years ago

"Rilekslah.." Pakai Baju Macam Rahib, Uyaina Arshad Tak Melenting Dikecam Netizen

Advertisement

Difahamkan, kedai makan King’s Eye di Masok Food Court bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu sudah mula dibuka dan sedikit sebanyak membantu beberapa orang yang menjadi pekerja di situ untuk memperoleh pendapatan bagi menyara hidup.

Jelas Uyaina lagi, sudah lebih tiga bulan kedai makan miliknya itu ditutup dan hanya mampu beroperasi melalui servis penghantaran makanan sepanjang PKP berlangsung.

Dalam pada itu, Uyaina menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan perniagaan diusahakan bersama Raja Syahiran adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan.

 

Bisnes ini dijalankan bukan sebab kami nak melangkah ke fasa seterusnya. Niat kami memang nak membantu orang. Saya dan Syahiran akui semenjak kami mula berniaga, kami banyak belajar mengenai dunia perniagaan yang cuba bangkit daripada pandemik.

Menjual pelbagai jenis makanan barat seperti chicken chop dan spaghetti, Uyaina berharap agar keadaan ekonomi semakin pulih dan orang ramai akan mula mengunjungi gerainya pada masa akan datang.

Perkembangan lain, dia khabarnya akan menyambung semula penggambaran drama Kau Cipta Kasih bermula bulan Oktober ini.

Kau Cipta Kasih akan bersiaran menerusi slot Samarinda TV3 dan turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Nazim Othman.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...