Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Rilekslah..” Pakai Baju Macam Rahib, Uyaina Arshad Tak Melenting Dikecam Netizen

Uyaina Arshad

Pelakon dan juga personaliti TV, Uyaina Arshad tampil mempertahankan gaya fesyen yang dibawanya dalam drama Love Elsa berikutan terdapat kata-kata tidak sedap didengar telah dilempar oleh sesetengah netizen.

Kata netizen, fesyen yang dibawa Uyaina dalam drama tersebut dilihat sebagai keterlaluan malah ada yang mendakwa seperti rahib.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Ujar Uyaina, dia sedar mengenai perkara tersebut namun tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Tidak semua orang suka, asalkan sopan dan menutup aurat sudah. Rileks okey semua? Nama pun berlakon. Selepas ini, saya pun teruja nak cipta gaya lain untuk watak baharu dalam drama lain pula.”

Jelasnya lagi, setiap watak yang dibawa dalam drama lakonannya adalah berbeza penampilan mengikut kehendak jalan cerita.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Terdahulu, watak Ammar yang dibawa Uyaina telah menarik perhatian peminat kerana gaya fesyen berlapis-lapis serta memakai sarung tangan ‘tak kena gaya’ dalam setiap babak dalam drama tersebut.

Advertisement

Uyaina turut mendedahkan bahawa dia terpaksa menukar 18 sarung tangan sepanjang 65 hari penggambaran drama arahan Michael Ang itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    July 6, 2021 at 10:31 am

    kannn. mira buat semua boleh terima. the world is not fair.

  2. S.O.S signal aka Fans EXIT

    July 5, 2021 at 4:29 am

    fgh :

    Tapi bila Mira Filzah buat semua PUJI PUJA cakap cantik la lawa la sampai jadi trend gaya tu ….

    Sedih bila TANG UYAINA dituduh macam Perempuan yang ada kat Gereja la , macam The nun la , Pendak la , Singkat la , Pelik la ADA JEW NAK MENGHAKIMI gaya dia !!!!

    Ps/ PERBEZAAN JURANG TU KETARA SANGAT I KNOW IT !!!

  3. fgh

    July 4, 2021 at 6:34 am

    dia tiru fesyen mira filzah. dlu mira bt fesyen mcmni masa berlakon dgn ben amir

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top