Semenjak dua menjak ini dunia Kpop digemparkan dengan berita beberapa kumpulan yang kehilangan ahli mereka. Selepas Jessica dan Luhan keluar daripada kumpulan masing-masing iaitu Girl’s Generation dan EXO, kini giliran Lee Joon daripada MBLAQ untuk meninggalkan kumpulan yang ditubuhkan oleh Rain itu. Keputusan ini diambil oleh Lee Joon untuk memberi fokus sepenuhnya ke dalam bidang lakonan.
Walaupun begitu, Lee Joon masih akan terlibat dalam persembahan konsert MBLAQ Curtain Call pada November ini di dewan Seoul Olimpik. Untuk makluman, kerjaya Lee Joon sebagai pelakon amat memberangsangkan apabila terbabit dengan 5 buah filem dan 9 buah drama. Semoga Lee Joon akan lebih berjaya sebagai pelakon selepas ini. Kepada para peminat MBLAQ, janganlah bersedih.
P.S: Kebaikan spring rendah yang keras