Selepas Kris & Luhan, 2 Lagi Dijangka Tinggalkan Kumpulan Exo

Hiburan

Selepas Kris & Luhan, 2 Lagi Dijangka Tinggalkan Kumpulan Exo

Nampaknya minggu lalu adalah minggu buruk untuk syarikat SM Entertainment. Selepas menyingkirkan Jessica SNSD, Luhan daripada kumpulan Exo telah menghantar surat untuk meninggalkan kumpulan tersebut. Berita ini telah menggemparkan dunia Kpop minggu lalu lebih-lebih lagi apabila Kris juga turut sama telah meninggalkan kumpulan tersebut lebih awal. Lebih buruk, kini khabar angin 2 lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Lay dan Tao turut dijangka akan melakukan tindakan yang sama.

exo luhan

Advertisement

Dikhabarkan Kris dan Luhan meninggalkan kumpulan Exo untuk menubuhkan kumpulan baharu di bawah agensi Hwai Brothers yang bertempat di China.. Untuk makluman, Kris, Luhan, Tao dan Lay kesemuanya berasal dari China. Sebelum ini, Tao dan Lay telah melahirkan sokongan mereka atas pemergian Luhan.

exo luhan

Walaupun SM Entertaiment telah menafikan desas-desus pemergian Tao dan Lay, khabar angin ini ternyata hanya akan memberi kesan buruk kepada syarikat tersebut. Saham SM Entertainment kini jatuh merudum. Adakah akan ada lebih banyak anak didik SM Entertainment yang akan meninggalkan syarikat tersebut? Sama-samalah kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...