Lebih Pentingkan Pilihan Raya Daripada Bencana Banjir, Netizen Samakan Siri ‘High Water’ Ini Dengan Situasi Di Malaysia

Trending

Lebih Pentingkan Pilihan Raya Daripada Bencana Banjir, Netizen Samakan Siri ‘High Water’ Ini Dengan Situasi Di Malaysia

Sebuah siri di Netflix meraih perhatian ramai netizen di Malaysia terutamanya kerana ia dikatakan persis situasi yang berlaku di negara kita baru-baru ini

High Water mengisahkan tentang kisah benar kejadian bencana banjir yang berlaku di Poland pada tahun 1997 dan ia merupakan antara yang terburuk pernah terjadi di negara itu.

Advertisement

Macam mana boleh sama dengan situasi di Malaysia pula? Ini yang kita nak kupas satu per satu.

 

Dah bagitau banjir bakal berlaku, tapi…

Berdasarkan siri yang mempunyai 6 episod itu, watak utama, Jasmina Tremer yang merupakan seorang pakar hidrologi telah menghantar memo kepada pihak berkenaan tentang banjir yang dijangka bakal melanda bandar Wroclaw, Poland.

Dia kemudian dipanggil untuk berjumpa dengan beberapa individu penting di bandar tersebut bagi membentangkan teori atau apa yang dimaksudkan olehnya.

Selain Jasmina, pertemuan penting itu disertai beberapa orang termasuklah, datuk bandar, wakil tentera dan seorang lelaki yang baru mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang, Jakub.

Meskipun sudah membentangkan data dan teori mengapa dia menjangkakan banjir besar bakal melanda di beberapa tempat terutamanya Wroclaw, seorang profesor mati-matian tidak mempercayai Jasmina.

 

Tipu rakyat, demi kepentingan politik

Lebih memburukkan lagi keadaan, seorang ahli politik mengarahkan Jakub untuk menenangkan rakyat dan menipu dengan berkata ‘tiada apa bakal berlaku, rakyat boleh bertenang’.

Hanya kerana pilihan raya bakal berlangsung dan dia mahu menang, ahli politik tersebut tergamak menggadaikan nyawa penduduknya.

 

”Dah macam situasi Malaysia” – Netizen

Siri ini yang baru mula ditayangkan pada September mendapat perhatian netizen Malaysia selepas ia dikatakan ‘sebijik’ macam situasi di negara kita baru-baru ini.

Mereka seperti mengaitkan tragedi banjir di Poland itu dengan keadaan di mana Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum akan diadakan tidak lama lagi.

Keputusan itu nyata menaikkan kemarahan dan menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat memandangkan beberapa negeri dijangka akan dilanda banjir.

Bukan itu saja, ada netizen yang menyamakan situasi yang terjadi dalam salah satu episod siri tersebut.

Menerusi episod itu, haiwan dilihat muncul di bandar selepas mereka melarikan diri. Ia sama seperti yang dirakam berlaku baru-baru ini di mana gajah dilihat muncul dan panjat ke tanah tinggi

Haiwan ada instinct terhadap alam semula jadi.”

Menerusi Twitter, ramai netizen kita mencadangkan kepada yang lain untuk menonton siri High Water berkenaan kerana menurut mereka kejadian yang berlaku kepada Poland pada tahun itu relatable dengan apa yang rakyat Malaysia lalui.

Difahamkan, watak dan jalan cerita High Water ini adalah rekaan semata-mata namun tragedi itu merupakan kisah benar yang pernah berlaku dalam sejarah banjir di Poland.

Selain negara itu, dua negara lain turut terjejas dengan bencana itu adalah Republic Czech dan dan Jerman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

MH370
2 years ago

"Hilang Tapi Tak Dilupakan.." - Genap 8 Tahun Tragedi #MH370, Kepulangannya Tetap Dinanti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...