Pernah tak, bila nak sampai tol baru perasan baki tak cukup? Alamak, malunya nak undur, mesti kereta belakang marah. Mesti kena hon.
Tak perlu risau lagi, untuk kemudahan pengguna lebuh raya, sekarang tak perlu fikir baki Touch n’ Go bila perlu bayar tol dengan adanya Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT).
Dengan SPT, pengguna boleh membayar menggunakan kad debit dan kredit di 12 lebuh raya di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Kalau ramai nak tahu, SPT ini telah bermula pada September 2023 lagi.
Beri pilihan kepada pengguna lebuh raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan itu akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol.
“Saya bangga kerana Lembaga Lebuhraya (LLM) dapat tepati janji supaya 12 syarikat konsesi ini untuk membuka sekurang-kurangnya satu lorong SPT.
“Kita juga sedang menimbang untuk menambah lebih banyak lorong untuk SPT di seluruh negara bagi memudahkan pengguna.
“Buat masa ini, kita tak boleh buat 100 peratus di semua lebuh raya kerana faham implikasi lain yang mungkin timbul dan tidak mahu beri masalah kepada pihak konsesi,”
12 lebuh raya terlibat
“Kesemua (12 lebuh raya) telah bersetuju untuk melaksanakan sistem ini untuk memberi kaedah yang lebih mudah kepada pengguna membuat pembayaran di plaza tol.
“Sistem pembayaran terbuka bermakna anda tidak lagi hanya tertakluk kepada satu atau dua e-dompet. Contohnya selama ini hanya menggunakan Touch ‘n Go. Mengenai sistem pembayaran terbuka, bermakna ia akan menerima kad kredit, debit,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan SPT pada September lalu.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web https://www.paywithdebit.com.my/ dan jangan lupa follow Facebook dan Instagram PayWithDebit sekarang.