Gara-gara sering membuat kontroversi, ada yang bersuara dan bertanya bila usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mahu berubah.
Menurut mStar, dek kerana usianya itu ramai berpendapat lebih elok dia tidak mencari publisiti murahan di media sosial.
Baru-baru ini, dia telah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan kontroversi video muzik (MV) lagu rayanya.
Jelas Vida, dia rasa kecewa dan tidak dihargai selain berpendapat isu itu diperbesarkan.
Bagaimanapun, Vida berkata meskipun sering dikecam ramai tetapi perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju.
Dia juga akui akan terus membuat kontroversi kerana mahu menyerlahkan lagi bakat terpendamnya sebagai penyanyi dan penulis lirik.
Lebih lagi yang saya akan tunjukkan sebab saya ada bakat terpendam sebagai penyanyi, penulis lirik, saya akan tunjukkan lagi.”