Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun menerusi satu hantaran di Instagram tampil bersuara mengenai penganjuran konsert Port Fest yang diadakan di Dataran Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Teguran berhikmah pendakwah itu dilihat telah menyentuh isu pergaulan di dalam kalangan anak-anak mudah Islam tanpa batasan serta gerak tari ‘budak step’ yang memalukan.
Acara kemuncak konsert tersebut sangat mendukacitakan. Tidak ada salahnya untuk diadakan apa jua festival, namun lihatlah baik dan buruknya.
Letakkan garis panduan kawalan hiburan yang sewajarnya, tidak bercampur penonton lelaki dan perempuan, penampilan artis jemputan dijaga, tidak lalai tentang kewajipan kepada Allah S.W.T.
Tambahnya lagi, isu konsert tanpa batasan lelaki dan perempuan itu sudah lama wujud dan jelas, lebih banyak mudarat daripada manfaat terutamanya kepada generasi muda.
Pihak pengurusan agensi kreatif negeri Perak, People of Remarkable Talents (PORT) memohon maaf atas tarian ekstrem dilakukan sebahagian penonton sewaktu Konsert PORT Fest 2023 di Dataran Ipoh, 20 Ogos lalu.
Video: Sosial Media#malaysiagazette #mgnews #PORT… pic.twitter.com/W43L86o7x9
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) August 25, 2023
Sepatutnya, dari awal ada pantauan yang ketat oleh pihak berkuasa bersama pihak penganjur utama semasa acara atau apa jua yang patut dibuat sebelumnya agar situasi dapat dipantau dan dikawal dengan baik.
Ustazah Asma juga meluahkan harapan agar pihak berkuasa lebih cakna dan mengambil tindakan sewajarnya di atas penganjuran konsert tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.