“40 Minit Tunggu Tak Datang-Datang” – Lagi Kes Tinggal Anak Dalam Kereta, Menangis Berpeluh Sampai Pucat Muka

Kehidupan

“40 Minit Tunggu Tak Datang-Datang” – Lagi Kes Tinggal Anak Dalam Kereta, Menangis Berpeluh Sampai Pucat Muka

Seorang individu di media sosial hari ini memuat naik pengalamannya menghadapi situasi cemas apabila seorang kanak-kanak ditemui kepanasan di dalam kereta akibat ditinggalkan ahli keluarga.

Dalam hantaran video tersebut, kanak-kanak itu dilihat menangis mungkin akibat kepanasan sehingga pucat muka.

Advertisement

Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat. Engine mati pastu tingkap depan je bukak sikit. Gila apa la tinggal anak dalam kereta camni tengah panas.

Malah, menurut pemilik video, setelah hampir 40 minit menunggu, pemilik kenderaan berkenaan tidak juga hadir dan cermin kereta berkenaan terpaksa dipecahkan bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, mangsa berada dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meninggalkan komen berbaur amarah dengan sikap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu yang tidak bertanggungjawab.

Ramai netizen berharap agar ibu bapa mangsa dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syafiq kyle
9 months ago

"Syukur Dapat Kahwin Dengan Crush" - 'Syafiq Kyle' Dah Bernikah April Lalu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...