Lebih 2,000 Terjual Di Shopee, Ramai Rupanya Tak Tahu Pasal Dua Produk ‘Viral’ KoolFever Ini

Kehidupan

Lebih 2,000 Terjual Di Shopee, Ramai Rupanya Tak Tahu Pasal Dua Produk ‘Viral’ KoolFever Ini

Bagi golongan ibu bapa, sudah tentulah anda akan sentiasa pastikan produk kesihatan atau ubat-ubatan ada di rumah bagi tujuan ’emergency’.

Selain thermometer, bermacam jenis ubat ‘basic’ akan disimpan seperti ubat demam, batuk atau paling ‘common’ mestilah KoolFever kan?

Advertisement

Terbaru, KoolFever ini ‘viral’ di media sosial selepas dikongsikan oleh seorang individu dan rupanya masih ramai yang tak pernah dengar atau tahu tentang produk ini.

 

1. Soft Cooling Gel Pillow

Selalunya produk KoolFever yang digunakan ibu bapa apabila anak demam adalah ‘sheet’ yang diletakkan di dahi kan?

Tapi ini satu lagi produk yang anda boleh cuba gunakan untuk membantu menurunkan suhu panas dalam badan mereka.

Cara-cara guna:

  1. Simpan gel dalam peti ais semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam
  2. Buka dan letak di atas atau masukkan ke dalam sarung bantal
  3. Kepala dan bahagian leher akan terasa sejuk
  4. ‘Effect’ sejuk boleh bertahan 4 hingga 6 jam

 

Apa yang paling best, ‘gel pillow’ ini boleh digunakan semula, hanya perlu simpan di dalam peti sejuk selepas selesai guna.

Bukan setakat ketika demam tetapi jika cuaca panas membuatkan anda berpeluh waktu tidur pun boleh guna ‘gel pillow’ ini.

Kalau dah sampai lebih 2,000 terjual dekat Shopee tu, bolehlah ibu bapa yang ‘first time’ dengar pasal produk ni cuba beli dan gunakan pada anak-anak.

 

2. Wear Cool

Produk ini memang ‘cool’, admin sendiri pun baru dapat tahu pasal spray daripada KoolFever ni.

Kalau gel tu boleh letak atas bantal waktu tidur, Wear Cool ni anda boleh spray pada baju yang nak dipakai dan ia akan memberikan ‘effect’ sejuk.

Cara-cara guna:

  1. Spray pada keseluruhan baju dari jarak 10cm
  2. Setiap bahagian pada baju spray sebanyak 3 hingga 5 kali
  3. Lebih efektif jika spray pada bahagian badan yang berpeluh seperti ketiak, belakang badan dan kolar

 

Produk ni pun bukan hanya boleh digunakan pada baju anak-anak yang demam tetapi juga orang dewasa yang mahu bersukan atau melakukan aktiviti ‘outdoor’ yang lain.

Komuniti ibu bapa memang seronok sebab masing-masing rajin ‘share’ apa -apa produk kanak-kanak daripada pakaian, resipi makanan sampailah ubat atau produk kesihatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Tak Tahu Jenama Foundation Apa Yang Sesuai Untuk Kulit? Ini Antara Produk Foundation Terbaik Untuk Wanita Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...