Sekurang-kurangnya 100 orang maut termasuk kanak-kanak manakala 150 lagi tercedera di sebuah majlis perkahwinan apabila dewan yang dipenuhi tetamu terbakar.
Dalam kejadian yang berlaku di Iraq itu, kebakaran terjadi kira-kira sejam selepas majlis bermula apabila suar yang dinyalakan ketika perkahwinan tersebut membuatkan siling hiasan terbakar.
Ia berlaku ketika pasangan pengantin tersebut sedang menari dan siling itu betul-betul terletak di atas pentas tarian berkenaan.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial, pengantin lelaki dan perempuan terbabit dilihat sedang menari sambil diiringi lagu sebelum kebakaran itu disedari oleh semua orang.
Gila. 100 orang mati terbakar masa wedding. Kawan kawan photographer/videographer, sebelum nak shoot tu jeling jeling la sikit kat mana exit terdekat dgn korang.
Drone operator pun boleh tahan jugak punya lama dia stay in flight pic.twitter.com/lSYauAMsdX
— AKZ (@kekhalid) September 29, 2023
Pengantin dan para tetamu kemudian berlari berkeliaran keluar dari dewan dan bahagian hiasan termasuklah panel besi yang sudah terbakar pula dilihat jatuh satu per satu ke atas lantai.
Difahamkan, kedua-dua mempelai terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, ramai warganet mempersoalkan tentang ketidakcekapan beberapa pihak yang mungkin boleh menyelamatkan ramai mangsa.
Soal warganet, bagaimana tiada seorang pun di dalam dewan yang perasan dengan kebakaran pada peringkat awal terutamanya individu yang bertanggungjawab mengendalikan kamera dron.
Bapa pengantin lelaki pula dilaporkan menggesa pemilik lokasi majlis tersebut bertanggungjawab di atas apa yang berlaku kerana tiada pemadam api serta langkah keselamatan di dalam dewan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.