“Tuan Rumah Kan Dah Bayar?” – Pukul 10 Pagi Dah Mintak Tapau Lauk Kenduri Kahwin, Mak Cik Ini Dikecam Netizen

Kehidupan

“Tuan Rumah Kan Dah Bayar?” – Pukul 10 Pagi Dah Mintak Tapau Lauk Kenduri Kahwin, Mak Cik Ini Dikecam Netizen

Tular mengenai sepotong video memaparkan seorang wanita meminta untuk dibungkuskan makanan ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang tidak diketahui lokasinya.

Video tersebut ternyata telah berjaya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen gara-gara wanita berkenaan meminta untuk ‘tapau’ sedangkan majlis perkahwinan dan jamuan makan belum lagi bermula.

Advertisement

Diorang kan dah bayar, takkan satu bungkus, dua bungkus pun tak boleh tapau?

Para pekerja katering yang mengendalikan makanan dilihat menolak permintaan wanita itu namun dia tetap berdegil dan masih berkeras untuk mendapatkan bungkusan makanan dengan alasan tetamu lain belum hadir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengecam tindakan wanita itu dan menganggap dirinya tidak prihatin dan tidak tahu malu.

Tak ada adab la mak cik ni. Majlis tak mula lagi dah sibuk nak tapau. Buat semak majlis orang.

Kata netizen lagi, kebanyakan kenduri majlis kahwin kini menggunakan khidmat katering di mana hidangan dimasak mengikut bilangan tetamu yang ditetapkan.

rewang kenduriSumber : Twitter  

Ia sekaligus membuatkan tetamu bakal tidak cukup makan jika amalan tapau makanan kenduri ini masih diteruskan di majlis-majlis kahwin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noor nabil miss
8 months ago

(VIDEO) "Cantiknya Miss Nabila.." - Pergi Makan Di Restoran Korea, Rakan Baik Dedah Status Terkini Noor Nabila?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...