Layan Maryam Macam Anak Sendiri, Isteri Fizo Omar Dipuji – “Kalau Semua Mak Tiri Macam Ni Aman Dunia”

Hiburan

Layan Maryam Macam Anak Sendiri, Isteri Fizo Omar Dipuji – “Kalau Semua Mak Tiri Macam Ni Aman Dunia”

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai mendapat perhatian orang ramai selepas memuat naik video bersama anak tirinya, Wan Maryam.

Menerusi hantaran di TikTok, Fazeera dilihat rajin melayan celoteh anak sulung Fizo itu ketika menjaga anak kandungnya, Wan Khaleeda.

Advertisement

Malah, Fazeera turut meluahkan rasa syukur melihat kedua-dua anaknya mesra bersama dan saling sayang menyanyangi antara satu sama lain.

Umi sangat happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila.

@iamfizoomar

umi sgt happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila2. ??

? original sound – Fizo Omar – Fizo Omar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji kemesraan Fazeera dan Maryam walaupun anak kecil itu merupakan hasil daripada perkahwinan Fizo bersama bekas isteri, Mawar Karim.

Bukan itu sahaja, Fazeera turut mendapat pujian orang ramai kerana melayan anak tirinya itu seperti anak sendiri dan ramai yang mengatakan dia juga merupakan seorang ibu tiri yang sangat baik, lemah lembut, dan penyayang.

Info tambahan, Fizo telah mendirikan rumah tangga bersama Mawar pada tahun 2013 namun bercerai pada tahun 2019, mereka telah dikurniakan seorang anak sulung perempuan, Wan Maryam.

Pelakon berusia 37 tahun itu kemudiannya mendirikan rumah tangga semula pada 2021 bersama Fazeera dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Saya Rasa Seksi Saya Ni Takdelah Terlampau..." - Pakaian Sering Dikritik, Nadia Brian Anggap Doa Daripada Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...