Pening untuk membeli komputer riba terbaik bagi kegunaan kerja atau sekadar pengunaan harian?
Pastinya anda akan membuat penyelidikan atau mencari info-info berkaitan komputer riba yang diingini terlebih dahulu sebelum membelinya kerana terdapat pelbagai jenis dan variasi di pasaran pada ketika ini.
Perkongsian seorang pakar telefon bimbit dan komputer riba yang dikenali sebagai @Xaviernaxa ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda di luar sana yang masih mencari info- info yang berkaitan.
Sebelum nak membeli komputer, semak dahulu jenis penggunaan.
Saya memilih Mac atas faktor macOS yang berbeza dengan Windows. Apple akan memperkenalkan macOS terbaharu setiap tahun dan berbeza dengan Windows. https://t.co/6LkIOKpkKs
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) February 25, 2022
Tulisnya, sebelum membeli komputer, semak dahulu jenis dan tahap penggunaannya.
Jelas Xavier, sistem pengoperasian antara Windows dan MacOs adalah berbeza termasuklah dari segi tahap keselamatan serta produktiviti.
Dari segi perisian pula, Mac mungkin mengalami sedikit kekangan kerana ada sesetengahnya hanya eksklusif untuk pengguna Windows.
Namun dari segi jangka hayat pula, tidak dinafikan Mac dikenali dengan fitur yang lebih ‘tahan lama’ dan berbaloi dengan pelaburan wang ringgit meskipun ianya agak mahal berbanding Windows.