(VIDEO) Youtuber Cipta Powerbank Gergasi, Ada 60 Soket Siap Boleh Basuh Baju Dan Tengok TV

Teknologi

(VIDEO) Youtuber Cipta Powerbank Gergasi, Ada 60 Soket Siap Boleh Basuh Baju Dan Tengok TV

Menurut laporan Next Shark, seorang Youtuber dari negara China telah mencuri perhatian netizen apabila dia dilaporkan telah berjaya mencipta sebuah powerbank bersaiz gergasi, baru-baru ini.

Youtuber yang dikenali sebagai Handy Geng ini telah berkongsi mengenai penciptaannya itu menerusi saluran Youtube dan powerbank tersebut mempunyai kapasiti bateri sehingga 27,000,000 mAh.

Advertisement

Youtuber tersebut berkata bahawa idea untuk membina powerbank gergasi itu tiba setelah banyak powerbank yang dibelinya sebelum ini mempunyai kapasiti yang kecil dan akhirnya, dia memiliki storan bateri tersedia yang memiliki nilai kapasiti yang sama dengan 900 buah powerbank bersaiz biasa.

Malah, ianya turut dilengkapi dengan 60 soket tersedia dan membolehkan puluhan telefon pintar dan komputer riba boleh dicas dalam masa yang sama.

Powerbank gergasiSumber : Youtube Handy Geng 

 

Handy Geng YoutuberSumber : Youtube Handy Geng 

Memiliki reka bentuk seperti powerbank yang biasa kita guna, ianya juga boleh digunakan untuk menyalurkan elektrik pada mesin basuh semi automatik, TV, dan juga basikal elektrik.

Handy Geng memang dikenali sebagai seorang yang kreatif dan sering memuat naik video dirinya membina dan mereka pelbagai jenis alatan secara ‘Do-It-Yourself’.

Kalau macam ni punya besar, terputus bekalan elektrik di rumah pun okay saja kan? Yang penting kena ada powerbank gergasi ini lah.

Power bank
2 years ago

Wajib ‘Check- Out’, Ini 5 Tips Penting Sebelum Membeli Powerbank

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...