“Lantaklah Mereka, Serabut Tengok” – Shila Amzah Buka Mulut Mengenai Perceraian Ibu Bapa, Anggap Cerai Jalan Terbaik

Hiburan

“Lantaklah Mereka, Serabut Tengok” – Shila Amzah Buka Mulut Mengenai Perceraian Ibu Bapa, Anggap Cerai Jalan Terbaik

Penyanyi Shila Amzah akhirnya buka mulut dan memberikan respon mengenai perceraian orang tuanya, Datuk ND Lala dengan Fauziah Sarman.

Ujar Shila, dia berharap orang ramai di luar sana mendoakan kebahagiaan pasangan itu dan mengakui dirinya sebagai anak pun tidak mampu untuk memaksa mereka untuk terus bersama.

Advertisement

Anda semua janganlah risau akan mak saya, doakan yang baik-baik. Sebab pada akhirnya, orang nak bercerai ke, kahwin ke, itu semua jodoh.

Kita sebagai anak takkan nak paksa mereka bersama. Anak-anak semua sudah besar. Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing. Lantaklah mereka. Pergilah cari masing-masing punya kebahagiaan.

Tambah isteri kepada pensohor media sosial Ubai Mz ini, sebagai anak sudah pasti dia berasa sedih dengan berita perceraian itu.

Tipulah kalau anak-anak tak sedih tapi pada masa sama, kami pun serabut tengok mereka bergaduh.

Jadi lantaklah mereka. Memang tak boleh nak buat apa, kalau setakat itu, setakat itu sahaha (jodoh) mereka sudah cuba.

Manakala Ubai sebagai menantu turut memberikan sepatah dua kata di mana dia berharap orang ramai mendoakan kebahagiaan ibu bapa mentuanya itu.

ubai ShilaSumber : TikTok  

Terdahulu, Fauziah berkongsi bahawa dirinya sudah diceraikan penyanyi itu menerusi sebuah hantaran di Instagram bagi mengelakkan fitnah di kemudian hari.

Dalam hantaran tersebut, Fauziah memaklumkan bahawa ND Lala telah melafazkan talak terhadapnya di Masjid Ar Rahman pada 2 Ogos lalu dan dimaklumkan bekas suami menerusi aplikasi Whatsapp pada Selasa lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nd lala cerai fauziah
9 months ago

"Bertahun-Tahun Hidup Dalam Penipuan" - Fauziah Reda Diceraikan ND Lala, Mahu Hidup Tenang & Sempurna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...