Langkah Penting Yang Perlu Dilakukan Sebelum Mengambil Keputusan Menamatkan PKP

COVID-19

Langkah Penting Yang Perlu Dilakukan Sebelum Mengambil Keputusan Menamatkan PKP

Kerajaan telah bersedia untuk mengambil langkah penting dengan mengawal dan menyekat sempadan serta pergerakan rentas sempadan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan di negara ini.

Tindakan ini untuk menyekat sebarang potensi penyebaran semula wabak virus COVID-19.

Advertisement

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan enam langkah yang perlu dilaksanakan setelah tempoh PKP selesai.

Dua daripadanya adalah kawalan dan pergerakan antara sempadan.

Kawalan sempadan dilakukan untuk mengawal kesemua kes import yang telah dicatatkan.

Kawalan di bahagian ini mampu untuk mengenal pasti secara awal kes-kes yang boleh membawa virus COVID-19 ke dalam negara.

JPAM

Kawalan pergerakan tetap perlu dilakukan meskipun PKP telah tamat untuk mengurangkan kadar kebolehjangkitan.

Malaysia telah merekodkan 2,041 kes kebolehjangkitan dan angka ini dilihat oleh KKM sebagai sesuatu yang serius.

Penyekatan jangkitan virus daripada terus menjangkiti orang lain lebih penting berbanding memberi fokus merawat pesakit yang sudah pun disahkan positif COVID-19.

Pesakit positif COVID-19 di hospital juga telah diasingkan supaya tidak memberi ruang untuk virus ini menjangkiti orang ramai.

pesakit

Malaysia masih lagi mengekalkan arahan ketat berhubung tindakan yang diambil untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Pemimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun sebelum ini telah memberi amaran terhadap beberapa negara yang sudah mula melonggarkan peraturan yang khusus dibuat untuk memerangi wabak COVID-19.

Izreen Azminda dan Ude
4 minit lalu

"Rileks, Nanti Orang Meluat" - Ada Sebab Jarang 'Post' Foto Suami, Netizen Dakwa Izreen Azminda Perli Seseorang?

Berdasarkan data daripada WHO, COVID-19 sudah menjangkiti 2.5 juta penduduk dunia dan mengakibatkan 166,000 kematian.

Keadaan akan bertambah buruk sekiranya negara-negara yang terkesan tidak mengambil langkah tegas sehingga wabak ini hilang.

Empat langkah lain atas saranan KKM ialah memberi pelindungan yang lebih kepada golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan, menaiktaraf sistem kesihatan, mendidik rakyat Malaysia tentang kebiasaan yang baharu dan mengenal pasti kawasan jangkitan dengan lebih terperinci.

sekatan jalan raya

KKM juga telah membuat kerjasama serantau dengan WHO melalui perbincangan tentang pendapat dan pandangan tentang wabak COVID-19.

Panduan yang dikeluarkan WHO dapat dianalisis dan disesuaikan dengan keadaan di negara ini untuk membendung wabak bahaya ini.

Berdasarkan rekod KKM beberapa hari kebelakangan ini, pola pesakit positif COVID-19 mengalami trend penurunan.

Diharapkan segala usaha kerajaan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia mampu melawan wabak COVID-19 daripada terus menyerang negara.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...