“Langgar SOP Bukan Jenayah, Tak Perlu Sampai Letak Jawatan” – Ismail Sabri Jawab Isu ‘Panas’ Hishammuddin

Berita

“Langgar SOP Bukan Jenayah, Tak Perlu Sampai Letak Jawatan” – Ismail Sabri Jawab Isu ‘Panas’ Hishammuddin

Sebelum ini hangat berita tentang Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama dua individu lagi telah dikenakan kompaun kerana langgar SOP ketika majlis pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar, Johor semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Kanan Pertahanan itu tidak perlu meletakkan jawatannya disebabkan perkara itu dan ianya dikatakan sendiri Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Advertisement

Ini disebabkan pelanggaran SOP dikatakan bukanlah satu jenayah, lagipun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudahpun keluarkan kompaun atas kesalahannya itu.

hishammuddin langgar sopSumber : Berita Harian  

Kalau sesiapa kena kompaun perlu letak jawatan, saya ingat tiada siapa yang boleh bekerja sebab semua kena letak jawatan.

Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan itu berkata sedemikian ketika ditemubual oleh pihak Sinar Harian selepas pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 di Management & Science University (MSU), hari ini.

Sekadar info, Hishammuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong mengakui kekhilafan yang dilakukan oleh dirinya dengan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan, malah akibat dari perbuatannya itu, beberapa pemimpin pembangkang turut mendesak beliau agar meletak jawatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Bella
3 years ago

(VIDEO) Pernah Dituduh Mandul, Reaksi Suami Terima Kejutan Isteri Hamil Buat Ramai Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...