(VIDEO) Pernah Dituduh Mandul, Reaksi Suami Terima Kejutan Isteri Hamil Buat Ramai Sebak

Kehidupan

(VIDEO) Pernah Dituduh Mandul, Reaksi Suami Terima Kejutan Isteri Hamil Buat Ramai Sebak

Isteri kepada Youtuber terkenal Alief Irfan iaitu Instafamous Bella Strelle mengakui bahawa dia pernah menghadapi tekanan gara-gara belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Menurut Bella, dia menerima pelbagai kecaman dan pernah dituduh mandul apabila masih belum dikurniakan rezeki untuk hamil.

Advertisement

Namun, baru-baru ini Bella berkongsi berita gembira apabila dia akhirnya disahkan positif hamil menjelang ulang tahun perkahwinan kedua dia dan suami.

Penantian tepat 2 tahun, akhirnya Allah tiupkan malaikat kecil dalam perutku.

Menerusi video tersebut, Bella dilihat menangis setiap kali membuat ujian kehamilan kerana tiada satu pun menunjukkan keputusan positif hamil.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah reaksi keluarga dan suaminya sejurus mengetahui tentang berita kehamilannya.

Dalam pada itu, Bella turut menasihati orang ramai supaya tidak sewenangnya menghina orang lain apatah yang tidak mengetahui tentang perjuangan mereka yang mahu mendapatkan anak.

Nampak diorang senyum, tapi dalam sumpah diorang sedih dan down. Kalau boleh mulut jaga tau. Tak baik mempertikaikan rezeki dari Allah swt.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut turut meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar bayi dalam kandungannya dilindungi dan dipelihara Allah swt.

motor
2 years ago

(VIDEO) "Dia Ikut Cara Mr.Bean" - Lelaki Selamba Langgar Lampu Merah Depan Polis Buat Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...