Pasti ramai yang tertanya-tanya status kehamilan Lana Nodin yang telah mendirikan rumah tangga dengan David McKenzie pada 15 Mei 2015 lalu di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Iyerlah, semuanya super excited dan tumpang gembira apabila Lana memaklumkan yang diri sudah hamil. Namun sehingga ke hari ini, Lana tidak pernah berkongsi sama ada dirinya telah selamat bersalin atau pun tidak.
Namun menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya, ada beberapa orang peminat yang memaklumkan melihat kelibat pasangan suami isteri ini di Singapura bersama seorang bayi. Kemungkinan besar bayi tersebut adalah anak Lana dan David.
Jika benar Lana Nodin telah selamat melahirkan anak sulungnya, tahniah diucapkan. Diharap Lana dapat mengesahkan dan berkongsi sedikit info tentang cahaya matanya ini. Ramai yang tak sabar dan mahu mengetahuinya.
Sama-sama kita nantikan makluman terkini daripada Lana dan David. Buat masa ini, kita doakan semoga pasangan ini sentiasa mendapat lindungan daripadaNya.