Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Lambat Lagi..” – Shuk Sahar Tak Bercadang Kahwin Lagi Satu Ketika Ini

shuk dan rosssalennah

Susulan daripada isu rumah tangga yang tular sekali lagi pada hari ini, personaliti TV dan juga usahawan Shuk Sahar tidak menunggu lama untuk membuka mulut dalam memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Pelawak terkenal itu menjelaskan bahawa hubungannya dengan isteri, Rossalenna Natassyiah tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Ujarnya lagi, dia dan isteri dalam keadaan baik-baik sahaja namun mengakui memang ada ‘sesuatu’ yang berlaku pada ketika itu namun segalanya masih terkawal.

BACA: “Kalau Mahu Bermadu..” – Isteri Shuk Sahar Dedah Kembali Diganggu ‘Farah’?

Manakala bagi mesej perbualan serta gambar ugutan bunuh yang diterimanya, bekas penyampai radio Hot FM ini mendakwa hantaran tersebut adalah kiriman lama yang diterimanya sebelum ini.

shuk sahar dan farahSumber : Instagram Rossa Serra  
shuk sahar dan farahSumber : Instagram Rossa Sera  

Kata Shuk lagi, isterinya itu mungkin terbawa-bawa dengan emosi sehingga memuat naik gambar serta tangkap layar dipercayai daripada perempuan simpanannya sebelum ini.

Sehubungan itu, dia meminta orang ramai tidak memperbesarkan isu tersebut kerana mereka berdua masih lagi tinggal sebumbung.

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@rossa.sera)

Ketika diminta untuk memberi komen mengenai ‘kebenaran’ yang diberikan Rossa untuknya bernikah lagi, Shuk menjawab bahawa perkara itu tidak akan terjadi namun menyerahkan urusan jodoh kepada Allah S.W.T.

“Lambat lagi. Jodoh semua di tangan tuhan..” ujar Shuk ketika dihubungi sebuah media.

Terdahulu, Rossa dilaporkan ada memuat naik hantaran kononnya diugut seorang wanita dan mendedahkan terdapat individu telah menghantar santau terhadap mereka sekeluarga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok Beautifulnara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. maa

    July 6, 2021 at 2:21 pm

    bertepuk sebelah tgn xkn berbunyi la syuk..kalau ang xmelayan,ang xbg kasih syg,ang xbuat dia mcm ”bini’ benda ni semua xkn jadi..yg pemangsa adalah wanita..jantan penyedap..rugi nya wanita utnung nya adalah lelaki..

  2. Anonymous

    July 6, 2021 at 10:39 am

    Laki bini sakit mental ni aku rase. Sebab tu pilih pempuan simpanan jenis sakit jiwa jugak. Sian depa betiga ni huhu

  3. Anonymous

    July 6, 2021 at 10:29 am

    bukan netizen yang cakap shuk oi. bini ko tu yang buat gila publish hal dalam kain kat socmed. lagi satu shuk kalau betul ko tak nak kahwin yang ko pergi makan luar tu buat apa. ko jangan sampai perempuan simpanan ko buat gila datang rumah ko bawak pisau tikam ko pulak kang

  4. tecit

    July 6, 2021 at 9:47 am

    lambat lagi ye.. hmm ade niat dah tuuu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top