Susulan daripada isu rumah tangga yang tular sekali lagi pada hari ini, personaliti TV dan juga usahawan Shuk Sahar tidak menunggu lama untuk membuka mulut dalam memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Pelawak terkenal itu menjelaskan bahawa hubungannya dengan isteri, Rossalenna Natassyiah tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi, dia dan isteri dalam keadaan baik-baik sahaja namun mengakui memang ada ‘sesuatu’ yang berlaku pada ketika itu namun segalanya masih terkawal.
BACA: “Kalau Mahu Bermadu..” – Isteri Shuk Sahar Dedah Kembali Diganggu ‘Farah’?
Manakala bagi mesej perbualan serta gambar ugutan bunuh yang diterimanya, bekas penyampai radio Hot FM ini mendakwa hantaran tersebut adalah kiriman lama yang diterimanya sebelum ini.
Kata Shuk lagi, isterinya itu mungkin terbawa-bawa dengan emosi sehingga memuat naik gambar serta tangkap layar dipercayai daripada perempuan simpanannya sebelum ini.
Sehubungan itu, dia meminta orang ramai tidak memperbesarkan isu tersebut kerana mereka berdua masih lagi tinggal sebumbung.
View this post on Instagram
Ketika diminta untuk memberi komen mengenai ‘kebenaran’ yang diberikan Rossa untuknya bernikah lagi, Shuk menjawab bahawa perkara itu tidak akan terjadi namun menyerahkan urusan jodoh kepada Allah S.W.T.
“Lambat lagi. Jodoh semua di tangan tuhan..” ujar Shuk ketika dihubungi sebuah media.
Terdahulu, Rossa dilaporkan ada memuat naik hantaran kononnya diugut seorang wanita dan mendedahkan terdapat individu telah menghantar santau terhadap mereka sekeluarga.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok Beautifulnara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.